bismillah

Assalammualaikum…

Let’s make learning fun!!!

tutorial

Selepas anda selesai membuat bayaran anda akan menerima email pemberitahuan dan akan terus dapat akses ke template yang anda telah beli

Apa yang SD akan tulis ini adalah sedikit tutorial bagaimana nak buat bila anda dah pon beli template,takut ada yang blur-blur pula macamana nak buat kan hehe…

Langkah pertama anda hanya perlu klik link yang SD berikan itu dan link tersebut akan dihalakan ke design template pilihan anda yang telahpun menjadi milik anda sepenuhnya. Buat pengetahuan anda pertama kali anda klik link itu Canva automatik akan save template tersebut di akaun Canva anda,so kalau nak buat editing boleh terus masuk kat Canva je taw…

Jika anda telahpun klik link yang SD bagi dan template tersebut telahpun berada dalam akaun canva anda bermakna langkah pertama anda telah berjaya!!! Alhamdulillah

TUTORIAL SD TEMPLATE

Ok next,buat pengetahuan anda semua,template SD ini boleh di edit sepenuhnya oleh anda hingga ke akar umbi hehe,maknanya sampai kosongla template tu kalau anda nak edit balik…tapi apa gunanya beli template kalau anda susah payah nak beria-ia edit balik,serupa anda buat sendiri je…tujuan beli untuk memudahkan pastu beria edit balik,sayanglaaaaaa

SD dah siap-siap buatkan template ni totally lengkap cuma anda perlu ubah sedikit dalam 2% gitu,yang lain SD rasa tak perlu dah sebab SD buat editing ni guna Canva premium takut kalau anda tak guna canva premium akan merubah pemandangan template tu japgi huhu

Ok,perkara pertama yang anda perlu buat adalah edit media sosial anda yang telah saya letakkan tempatnya,anda hanya perlu isikan sahaja. Jika ada yang tidak berminat dengan design itu bolehlah anda delete @ gantikan dengan design yang lebih disukai

TUTORIAL SD TEMPLATE (1)

Seterusnya cuba anda perhatikan di bahagian “nama anda” tu,sebenarnya sengaja SD letak kat situ sebabnya kadang-kadang ada orang tak suka letak media sosial,mereka suka letak nickname je…so SD just letak optional je kat situ,anda boleh buang je jika tak perlukan,boleh pilih salah satu dan jika langsung taknak letak nama @ media sosial pun boleh je tapi sayanglah sebab kita tak tinggalkan jejak untuk orang kenali kita di media sosial kannnnn….

Anda perasan tak latarbelakang “nama anda” tu ikut warna bunga template tu? anda boleh tukarkan warnanya ikut keselesaan mata anda,nak guna yang original boleh jika nak tukar pon boleh,tujuan SD bagitahu ni supaya anda boleh recycle balik template ni jika selepas 3 bulan anda dah habis guna kesemua template then anda boleh bereksperimen sendiri mengolah template SD tu,tak susah pun anda cuma perlu tukar gambar dan ayat-ayat dia kasi lagi power dan yang penting berwajah baru then boleh guna balikkkk…best tak? Jimat kan?

TUTORIAL SD TEMPLATE (2)

Bagi SD dalam membuat konten ni walaupun konten busuk-busuk macam selamat pagi ke selamat malam ke memang perlu letak logo. Logo nilah yang bagi orang kenal kita tapi anda jangan lah berharap seminggu buat konten letak logo satu Malaysia kenal dah anda,itu memang mustahil lerrr…bagi SD just jadikan amalan gituh sebab letak logo tak mencacatkan gambar konten pun so pesalahnya letak kennnn,tapi kalau tak letak pun takpe taw,jangan setressss pula dengan SD hahaha…

Logo lebih manis jika diletakkan dihujung atas sebelah kanan(sila tengok anak panah,pinjam logo jap hehe) dan pastikan logo yang anda letak itu statik je. Maksud SD logo tu berada disitu sampai bila-bila,jangan esok belah kiri pehtu bawah pehtu turun sikit huhuhu…kalau boleh guna pembaris tandakan betul-betul mana logo tu mula-mula diletak sampai bila-bila biarlah dia disitu hokeyyy,sedikit tips kepada anda gituuuu….

TUTORIAL SD TEMPLATE (3)

Ok seterusnya jenis dan saiz tulisan. Kita manusia memang ada citarasa sendiri yang sedap mata memandang. Kadang tu rasa macam dah cantik dah kat mata SD tapi bila tanya orang katanya biasye2 je…itulah lumrah kehidupan

Anda adalah tidak dilarang untuk mengubah semula jenis font dan saiznya taw sebabnya template ini adalah milik anda sepenuhnya sekarang hokey…cuma SD tak pasti jenis font yang SD guna tu jika anda dah padam boleh guna balik tak sebabnya SD guna Canva Premium so jenis font dia have2 laa sikit kan hehe,alaaa boleh je kalau anda nak cuba nanti kalau tak boleh undo balik hehe,benda boleh undo buat apa nak ghisauuuu…

TUTORIAL SD TEMPLATE (4)

Dan yang terakhir sekali,anda juga berhak untuk tambah @ buang bahan yang ada kat template yang anda dah beli ni taw. Sebagai contoh tetiba anda terasa nak tambah bayang matahari diwaktu pagi bagi nampak aura pagi haaaa boleh je lagi cun…

SEMOGA APA YANG SD KONGSIKAN BERMANFAAT DAN DAPAT MEMBANTU ANDA SEMUA,KALAU TIDAK FAHAM JUGA APA LAGI HALO-HALO LA SD NANTI SD BANTU SAMPAI UMO SD 59 TAHUN HOKEY,HAHAHAHA… INSYAALLAH! SELAMAT BERKONTEN GUY’S…LEBIU, ASSALAMMUALAIKUM